
En. Khairuzzaman Mandadi bin Abdullah, pengasas Syarikat.
Syarikat ini telah ditubuhkan pada 22 Okt 2003 yang diilhamkan oleh beliau setelah isteri beliau kehilangan kerja tetap disebuah syarikat minuman. Beliau adalah pengasas penubuhan Syarikat Waheeda Resources. Berbekalkan segulung diploma dalam elektronik komputer dan beberapa kemahiran dalam bidang IT, beliau telah menggabungkan komputer, Stationery dan komunikasi dalam bentuk perniagaan.
Pada mulanya beliau juga mengadakan kelas tution dalam bidang IT dan Matematik tingkatan 5 untuk menampung modal keperluan syarikat tetapi kini, masa beliau tidak lagi mencukupi untuk melaksanakannya. Ini adalah disebabkan oleh aktiviti yang semakin banyak. Oleh kerana beliau masih lagi berkhidmat dengan kerajaan maka syarikat ini telah didaftarkan atas nama isteri beliau iaitu Wahidah bte Ab Wahab, selaku Pengurus Syarikat. Beliau hanya menguruskan dalam bahagian teknikal selepas waktu kerja.

Pn. Wahidah bte Ab Wahab, pengurus Syarikat.
Dengan berbekalkan segulung Ijazah dalam "Degree Of Sience" dalam bidang "Food Technology", beliau sanggup menerima cabaran sebagai pengurus syarikat. Pada mulanya beliau ingin menubuhkan sebuah restoran, namun kewangan tidak mengizinkan. Melalui satu perbincangan maka beliau bersetuju dengan penubuhan Syarikat Waheeda Resources.
walaupun Bidang kurang menyebelahi beliau tetapi pengalaman dalam management selama bekerja dulu amat berguna bagi beliau untuk melaksanakan keperluan syarikat. Sehingga kini syarikat ini telah dikenali di kawasan Subang, Shah Alam.
Aktiviti Syarikat
Syarikat ini menjalankan perniagaan Komputer, Alat Tulis dan Percetakan. Perniagaan yang dijalankan oleh WAHEEDA RESOURCES adalah berbentuk perkhidmatan dan peruncitan. Aktiviti yang dijalankan adalah penjualan (baru dan terpakai), servis, baikpulih dan "Upgrade" komputer, alat tulis dan peralatan pejabat, aksesori komputer dan percetakan. Di samping itu, kami juga menyediakan perkhidmatan Internet Kafe dan perkhidmatan STD/IDD dll.
Syarikat WAHEEDA RESOURCES menjual Alat Tulis secara runcit dan juga menjadi pembekal kepada pejabat-pejabat yang berada di kawasan ini. Matlamat jangka panjang Syarikat adalah menjadi pembekal Alat Tulis di sekolah-sekolah dan jabatan kerajaan.
Syarikat WAHEEDA RESOURCES memilih untuk membuka kedai komputer di kawasan ini kerana tiada kedai yang menjual komputer dan aksesori di sini. Syarikat ini berharap dapat merebut pelbagai insentif dan juga galakan pihak kerajaan untuk mewujudkan lebih ramai peniaga-peniaga Bumiputera / Melayu terutama dalam bidang IT. Syarikat memilih perniagaan ini kerana IT adalah merupakan satu keperluan yang diguna pakai secara meluas dalam banyak aspek kini.
Misi Syarikat
Matlamat jangka panjang Syarikat adalah menjadi pembekal Alat Tulis dan komputer di sekolah-sekolah dan jabatan kerajaan.

